::Syeikh Ahmad Majnun::

1359008192096

::Syeikh Ahmad Majnun::

Sudah berminggu aku berhasrat untuk ke KL. Ingin mencari ketenangan dari pekerjaan ku yg tak pernah habis. Hati ku tergerak untuk melunsuri Internet untuk mendapatkan info tentang makam waliyullah di daerah malaysia yg belum pernah ku kunjungi. Alhamdulillah, akhirnya aku terjumpa satu maklumat dan alamat Makam yg agak unik yg terdapat di kawasan Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

Continue reading

::Masjid Selat Melaka::

1355295864401

::Masjid Selat Melaka::
Oleh: Zul

Pergembaraan dan gambar ini di ambil oleh saudara Zul sendiri, saya sendiri tidak tahu apa pengalaman-nya waktu itu, lebih lanjut lagi baik tanya orang nya sendiri. Tapi walau bagaimana pun, mari kita cerita sikit tentang Masjid yang indah ini di tepi pantai selat laut Melaka.

Continue reading

::Rombongan Ke Batu Pahat::

20130119_235307

::Saudara Brother Bo & Sharul::

Minggu lalu tidak tersangka bahawa planning kecil-kecilan saya hendak kembali lagi ke Batu Pahat, menjadi pula satu rombongan pula. Tetapi bagaimana pun saya amat bersyukur kepada Allah, kerana memberi kami semua peluang untuk berkumpul serta bersilatulrahim bersama-sama. Separuh dari kami telah pun berada di Johor pada siang waktu, manakala yang lain lagi bergerak dari Singapura pada waktu malam kerana ada yang berkerja. Habis sahaja Farid, Brother Bo dan Abg Misai selesai kerja mereka dalam kurang jam 11malam, kami langsung berkumpul serta bersiap-siap untuk ke Johore. Lepas sahaja dari checkpoint Johore kami sempat singgah ke Pandan City untuk bermakan malam, maklumlah teman-teman kami ada yang baru selesai kerja. Di sana juga kami telah bertemu janji dengan saudara-mara kami yang lain. Selesai sahaja makan, kami berpusing sebentar lalu teruskan perjalanan kami untuk bermalam di rumah saudara kami.

Continue reading

::Sultan Hussin Shah::

1355295560953

::Sultan Hussin Shah::
Photo:: Zul

Belum saja membaca tentang sejarah Sultan Hussin Shah, hanya dengan melihat gambar yang di beri oleh Zul; entah kenapa pula terasa sedih. Mungkin ada rahsia sebalik sejarah beliau mungkin tidak ketahui orang.

Sambungan pula di Masjid Tengkera juga terletak Makam-nya Sultan Hussin Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud III Shah Alam yang sejarah-nya ada kena mengena dengan Singapura. Sultan Hussin Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Feb 1819.

Sebelum Sultan Hussin Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Jan 1819. Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku Husin menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan Inggeris di Singapura.

Continue reading

::Masjid Tengkera::

1355294855436

::Masjid Tengkera Melaka::
Photo:: Zul

Selain dari saya, teman saya Zul juga ada mini adventure dan juga catatan-nya tersendiri. Tidak kisah lah siapa pun, jika ada lebih ramai orang yang hendak beri sumbangan tentang maklumat ataupun sejarah ke blog ini, boleh juga di persilakan. Hanya perlu email kepada kami di hikayatx@yahoo.com . Mungkin ramai yang salah sangka ataupun bertanya-tanya kenapakah saya dan teman-teman saya hendak terbitkan blog seperti bergini? Tujuan kami hanya hendak mengungkap kembali sejarah-sejarah Islam dan bagaimana asal nya bertapak ke tanah melayu. Bagi kami ia amat penting kerana semoga agar generasi-generasi yang kini dan akan datang tidak melupakan asal-usul mereka kerana banyak pengaruh-pengaruh dari luar yang kurang baik di zaman sekarang. Dan tidak lupa juga tanpa pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W, para-para sahabat, para-para wali, para-para ulama’, tidaklah kami mengetahui tentang agama dan keindahan Islam kini. Ini semua atas kehendak Allah S.W.T juga.

Continue reading

::Sayyid Abdullah Al-Haddad::

1355293448728

::Sayyid Abdullah Al-Haddad::
Photo: Zul

Sambungan dari Masjid Kampung Hulu, di masjid ini juga terdapat sebuah makam Waliyullah Sayyid Abdullah Al-Haddah. Menurut Zul katanya makam ini agak tersembunyi dan tidak ramai pengujung yang mengetahuinya. Syukur Alhamdullillah Zul dapat terjumpa dan dapatlah dia beri sumbangan ke blog ini.

Continue reading

::Masjid Kampung Hulu::

1355293652567

::Masjid Kampung Hulu::
Photo: Zul

Sebenarnya sedang hendak mencari makam Syeikh Syamsuddin, saya terlah terbabas hingga ke Masjid Kampung Hulu. Kebetulan sudah di sana, saya pun ambil kesempatan menziarahi masjid itu.

Continue reading

::Masjid Kampung Kling Melaka::

20121201_183946

::Masjid Kampung Kling::

Lantunan Azan Subuh yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan saya walaupun lelah berjalan-jalan semalam di Jonker street. “Agak lama tak dengar Azan secara life bergini..kalau kat rumah hanya dari radio je.” Setelah mandi dan menyiap diri, dengan tidak buang masa, saya terus ke Masjid. Kebetulan Harmony lodge yang saya menginap sangat berhampiran dengan Masjid Kampung Kling. Setelah ibadah, saya dapat berkenalan dengan seorang masjid sana bernama Zainal. Di situlah saya dan Zainal berkongsi pengalaman tentang sejarah-sejarah wali-wali dan ulama-ulama di Melaka.

Continue reading

::Sheikh Syamsuddin al-Sumatrani::

20121202_080639

::Sheikh Syamsuddin Al-Sumatrani::

Setelah bersembang-sembang dengan Zainal, dia memberi saya arah jalan untuk ke makam Sheikh Syamsudin. Arah tuju ke makam saya harus lewati jalan-jalan kecil dan halaman-halaman perumahan kampung, walaupun mengikut arah yg di beri oleh Zainal dan mengikut signage, ia tetap mengelirukan. Kebetulan saya ternampak seorang makcik yg sedang duduk di luar pintu rumah-nya,”Assalamualaikum cik…hendak ke makam arah mana?”..lalu makcik menjawab..”Makam? Ada makam ke sini?”..belum sempat hendak garuk kepala…tiba-tiba kedengaran sambungan suara….”Oh!…Ada ‘dik..kat blakang rumah ni je…” seorang makcik lagi keluar dari pintu rumah nya.”Terima kasih ‘cik banyak-banyak….Assalamualaikum.”

Continue reading

::Petualang Melaka Semalam::

20121201_183802

Masjid Keling

Seminggu setelah begitu stress dengan macam-macam hal, saya mengambil kesempatan ke Melaka pada hari sabtu lalu. Walaupun berseorang diri kerana teman-teman yang lain semua sibuk  dengan acara sendiri atau kerja masing-masing.

Entah kenape begitu tertarik hendak ke sana pada hari itu. Selepas bicara dan dapati infomasi dari Zul, saya terus mula perjalanan saya. Berjalan kaki dari Woodland Checkpoint, lalu mengambil bus dari situ terus henti di Terminal Bus Larkin.

Continue reading